Sampel Imej
| Format | PDF, DOCX, XLSX |
| Kandungan | Soalan, Jawapan, JSU |
| Kurikulum | KSSM |
| Kesesuaian | Guru/Murid/Ibu Bapa |
| Bilangan Set | 2 |
Jaminan Kualiti
Maklumat Produk
Pengenalan Produk
Koleksi 2 set soalan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Matematik Tingkatan 1 2026 ini disediakan khusus untuk persediaan pentaksiran akhir tahun di sekolah menengah. Setiap set lengkap dengan kertas soalan, skema jawapan, dan JSU dalam format DOCX yang boleh diedit mengikut keperluan guru. Bahan ini sesuai digunakan untuk latihan berfokus, pengukuhan topik, dan sokongan PdP selaras dengan KSSM.
Struktur Soalan
- Bahagian A: 20 soalan objektif (20 markah)
- Bahagian B: 5 soalan subjektif (20 markah - 4 markah setiap soalan)
- Bahagian C: 6 soalan subjektif (60 markah - 10 markah setiap soalan)
- Jumlah: 31 soalan | 100 markah | 2 jam
Aras Kesukaran
Nisbah aras kesukaran ditetapkan pada 5:3:2 iaitu Rendah 50%, Sederhana 30%, dan Tinggi 20%. Agihan ini membantu guru menyediakan pentaksiran yang seimbang serta memberi peluang kepada murid menguasai soalan pelbagai aras.
Tajuk Diuji
- Pecahan positif dan pecahan negatif
- Nombor nisbah
- Faktor, faktor perdana dan faktor sepunya terbesar (FSTB)
- Gandaan, gandaan sepunya dan gandaan sepunya terkecil (GSTK)
- Kuasa dua dan punca kuasa dua
- Nisbah
- Pemboleh ubah dan ungkapan algebra
- Persamaan linear dalam dua pemboleh ubah
- Ketaksamaan linear dalam satu pemboleh ubah
- Sudut yang berkaitan dengan garis selari dan garis rentas lintang
- Sifat segi tiga dan sudut pedalaman serta sudut peluaran segi tiga
- Sifat sisi empat dan sudut pedalaman serta sudut peluaran sisi empat
- Luas segi tiga, segi empat selari, lelayang dan trapezium
- Set
- Gambar rajah Venn, set semesta, pelengkap bagi suatu set dan subset
- Proses pengumpulan, pengorganisasian dan perwakilan data, serta pentafsiran perwakilan data
- Teorem Pythagoras
Kandungan Setiap Set
- Kertas Soalan (PDF + DOCX)
- Skema Jawapan (PDF + DOCX)
- JSU - Jadual Spesifikasi Ujian (XLSX)
- Format DOCX boleh diedit mengikut kesesuaian
Kesesuaian
Sesuai untuk dijadikan sebagai soalan dalam pentaksiran akhir tahun. Boleh juga digunakan oleh murid sebagai ulang kaji di rumah. Format soalan merupakan tafsiran peribadi penulis dan diubahsuai daripada format rasmi UASA yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
Sampel Imej
Ulasan Pelanggan
Belum ada ulasan untuk produk ini.
Jadilah yang pertama untuk berkongsi pengalaman anda!