Polisi Bayaran Balik (Refund Policy)
Polisi Bayaran Balik
Tarikh berkuat kuasa: 1 April 2026
Maklumat Produk Digital
Produk yang dijual di RPH365 SHOP ialah produk digital seperti fail PDF, DOCX, XLSX dan ZIP. Selepas pembayaran berjaya dibuat, produk akan dihantar serta-merta melalui pautan muat turun yang di hantar ke alamat Email dan WhatsApp.
Polisi Bayaran Balik
Disebabkan produk digital yang boleh dimuat turun serta-merta, kami secara umumnya tidak menawarkan bayaran balik selepas fail dimuat turun.
Pengecualian Bayaran Balik
Bayaran balik hanya boleh dipertimbangkan dalam keadaan berikut:
- Fail rosak atau korup dan tidak boleh dibuka selepas dimuat turun.
- Produk yang salah dihantar, iaitu produk yang diterima bukan seperti yang dibeli.
- Masalah teknikal daripada pihak kami yang menghalang anda daripada mengakses produk dalam tempoh 7 hari selepas pembelian.
- Tempoh Tuntutan
Sebarang tuntutan bayaran balik mesti dibuat dalam tempoh 7 hari selepas tarikh pembelian. Tuntutan yang dibuat selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.
Cara Memohon Bayaran Balik
Untuk memohon bayaran balik, sila hubungi kami melalui:
WhatsApp: +60 13-450 0540
Email: [email protected]
Sila sertakan maklumat berikut:
- Nombor pesanan, contoh: ORD-0012345
- Email yang digunakan semasa pembelian.
- Sebab permohonan bayaran balik.
- Maklumat lengkap bank akaun.
- Screenshot atau bukti berkaitan, jika ada.
Kami akan memberi maklum balas dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.
Jika Bayaran Balik Diluluskan
Jika permohonan bayaran balik diluluskan, jumlah bayaran akan dikreditkan semula ke kaedah pembayaran asal dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja, tertakluk kepada proses pihak penyedia pembayaran atau bank.
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan polisi ini, sila hubungi kami di:
Email: [email protected]